RATU Elizabeth (tengah) bertemu dengan penduduk Menara Grenfell, blok pangsapuri 24 tingkat, yang terbakar di pusat sukan West Gate, London, Britain. - Foto EPA
LONDON: Ratu Elizabeth dan cucunya, Putera William, hari ini mengunjungi penduduk, sukarelawan dan perkhidmatan kecemasan di pusat bantuan yang menempatkan mangsa kebakaran Menara Grenfell dua hari lalu.
Malah, Putera William berjanji untuk kembali melawat mangsa bagi mendengar rintihan dan kebimbangan penduduk terbabit.
Ratu Elizabeth menemui orang awam ketika dalam perjalanan ke Pusat Sukan Westway yang dijadikan pusat penempatan mangsa selepas kebakaran pangsapuri setinggi 24 tingkat itu mengorbankan sekurang-kurangnya 30 penghuni.
Kira-kira 40 penduduk turut merayu bantuan daripada keluarga diraja itu ketika baginda berdua hendak meninggal pusat penempatan sementara itu. - Reuters
Source link