PERDANA Menteri Britain, Theresa May. - Foto Reuters
LONDON: Perdana Menteri Britain, Theresa May mengadakan pertemuan dengan mangsa kebakaran Menara Grenfell di pejabatnya di 10 Downing Road, hari ini.
Jurucakap Downing Road berkata, pertemuan itu membabitkan semua mangsa, sukarelawan dan ketua masyarakat.
Pertemuan itu adalah susulan kritikan ke atas May yang dianggap gagal bertindak balas terhadap insiden itu, yang setakat ini sudah mengorbankan sekurang-kurangnya 30 mangsa.
"Pada pagi ini, Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat antara kerajaan bagi memastikan semua langkah sewajarnya sudah diambil untuk membantu mangsa tragedi Grenfell.
"Selepas itu, beliau (May) akan bertemu dengan penduduk, mangsa dan sukarelawan dan ketua masyarakat di Nombor 10," kata jurucakap itu.
Pada Khamis lalu, May dikritik kerana mengelak daripada mengadakan pertemuan dengan penduduk tempatan ketika melawat bangunan kediaman setinggi 24 tingkat itu.
Malah, penduduk dan mangsa melemparkan kata-kata seperti 'pengecut' dan 'kamu memalukan' ketika kembali ke lokasi kejadian pada keesokan harinya. - AFP
Source link